Setelah sekian lama Maybank2u tidak update dengan fungsi terbaru, hari ni seha terperasan satu benda baru di Maybank2u.com.
Fungsi baru ini sudah pasti akan memudahkan ramai usahawan online seperti seha yang baru menjinak ini terutamanya dalam menyemak duit masuk di Maybank2u sekiranya ada banyak transaction serentak.
Yer la kan, jika sebelum ni ada duit masuk bertalu-talu dalam sehari, kita akan mengalami kesukaran untuk buat semakan satu persatu kerana tiada details masa yang tepat diberikan sepertimana Cimbclicks. Cuma, fungsi baru yang Maybank perkenalkan ini bukanlah dengan meletakkan Masa di transaction(mungkin terlalu susah untuk ubah sistem kot). Tapi mereka telah meletakkan satu ruangan baru dinamakan sebagai Recipient Reference DAN Other Payment Details. Ruangan ini ditambahkan di bahagian form semasa pembeli nak transfer duit kepada kita.
Cuba tengok contoh sini:-
Cadangan seha ialah, minta customer masukkan Nama Produk yang dibeli di bahagian Recipient Reference dan minta customer masukkan no.HP di ruangan Other Payment Details. Ini adalah sangat penting untuk memudahkan kita detect pembayaran dari mereka.
Apa yang menarik lagi, semasa kita menyemak bayaran daripada pelanggan kita, akan keluarlah nama BUYER di statement tersebut. Jadi, sudah pasti kita dapat membezakan antara buyer dan sudah tentu kita dapat detect buyer yang melakukan penipuan bayaran.
Semoga post ini memberi manfaat kepada semua
Terima kasih.
BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!


Noorfasheha Abidin
Shaklee ID : 1096265
Call / SMS/Whatapps 019 - 936 8826