Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja

Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja
Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja

Tuesday 8 April 2014

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid

Vitamin shaklee untuk pesakit thyroid


Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihanThyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya


Bengkak di leherDegupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debarGementar dan gelisah, terketar-ketarHaid tidak teratur, kurang atau tidak datangKesuburan turunPenumpuan kurangMata menjadi besar (bulging)bad moodKejang ototOesteoporosis (kereputan tulang)Suhu badan naik, tak tahan panasRambut rontokSukar bernafasSukar tidurTekanan darah naikTurun berat badan walaupun selera naikHari ni seha terpanggil untuk menulis tentang thyroid sebab ada customer seha bertanyakan pasal masalah thyroid.


apa itu thyroid?



Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 

Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 


Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.


Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. 
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.


Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid

Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : PerempuanGenetik Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain Usia lebih 60 tahun Merokok 


Jenis penyakit thyroid
Ada 2 jenis sakit thyroid yang utama :  

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan


Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
Kulit lembap
Lemah 

2.Hypothyroidism

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

Badan rasa lemahDaya ingatan menurunHilang indera rasa dan bau Kadar pengepaman jantung perlahan Kulit jadi kuning – lesu, pucat Kulit kering Masalah kesuburan Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) Muscle cramp dan bengkak Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period) Percakapan lambat Pertambahan berat badan Rambut rontokRasa mengantuk Rendah nafsu seks Sakit kepala Sembelit Suara menjadi serak Tak tahan sejuk 


Bagaimana vitamin shaklee dapat membantu?


Untuk hypertiroidisme

1) ESP

- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid) 

Untuk hypotiroidisme

1)  VITA-LEA IRON FORMULA

multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)



2) VITA-E COMPLEX

kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


FREE Consultation

Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Noorfasheha Abidin

Shaklee ID : 1096265

Call / SMS/Whatapps 019 - 936 8826
















Friday 4 April 2014

ostematrix

assalamualaikum

bulan lepas seha de wat perkongsian tentang mak kepada masalah kawan en.suami.mak dia mempuanyai masalah tak boleh tidur malam. dah bawa jumpa DR check tahap kesihatan DR kata semua ok dan tiada masalah apa-apa... 

en.suami cerita kat seha..kesian seha dengar...bila tak boleh tido, tahap kesihatan pon terganggu..da;am hati niatnak bantu sangat..tiba-tiba masa tu, seha pon teringat akan salah satu prodak shaklee iaitu OSTEMATRIX sHAKLEE...

kenapa seha teringat pada OSTEMATRIX SHAKLEE...sebab seha ada baca artikel dan testimoni dari pengguna2 yang telah mencuba, alhamdulillah, dengan izin ALLAH ramai pengguna ostematrix yang mempunyai masalah sukar tidur , dapat tidur dengan mudah setelah pengambilan ostematrix..apapun bergantung pada penerimaan badan sesorang.

dengan niat nak menolong, en.suami sedekahkan 1 botolostematrix untuk mak kawan baik dia. lepas seminggu pengambilan, alhadulillah, denganizin ALLAH mak dia dah semakin pulih...dan baru ni kwn en.suami repet order ostematrix tu untuk mak dia...

OSTEMATRIX ni untuk masalah sukar tidur je ke??

jika itu yang anda fikir, 100% anda silap...\


tengok gambar atas ni...1 biji ostematrixsama dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan sama dengan 80 biji badam...HAAAA, elok sangat pada sesiapa yang tak suka minum susu tapi perlukan khasiat kalsium..satu lahi ke fikir dan kunyah 80 biji badam dan kos 80 biji badam dibandingkan dengan telan sebiji ostematrik yang kosnya x sampai seringgit sebiji pon...

Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu. Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :
1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik


OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



untuk pengetahuan semua,bulan ni shaklee ada buat promosi OSTEMATRIx BELI 6 PERCUMA 1. jom jangan lepaskan peluang keemasan ni..seberang pertanyaan dan konsultasi boleh terus hubungi seha melalui fb/wasap/call seperti yang tertera dibawah...

FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!


Noorfasheha Abidin
Shaklee ID : 1096265
Call / SMS/Whatapps 019 - 936 8826





Thursday 3 April 2014

pengalaman bersalin secara operate aka Caesarean

ASSALAMUALAIKUM ....

lama seha menyepikan???? hihi..bukan menghilangkan diri atau menyombongkn diri sama sekali...
tetapi hakikatnya seha baru sahaja bersalin dan sekarang dalam proses berpantang...tak sempat nak update blog selepas bersalin sampai hari ini iaitu hari ke 12 ni baru ada mood ...hihi..

hari ini seha nak cerita pengalaman seha bersalin..untuk pengetahuan semua seha bersalin secara operate atau ceaser...seha nak share pengalaman ini bukan untuk takot-takotkan sape yang bakal bersalin tapi sekadar berkongsi pengalaman dan maklumat semoga ada sedikit sebanyak dapat memberi nilai atau manfaat kepada pembaca..satu lagi bila anak seha besar nanti, biar dia baca pengalaman ummi dia bersalinkan dia ( time tu tak tahu la blog famos lagi ke tak)



pada 21/3/2014
rasa start sakit kt perut..tapi x sakit sgt pon..rasa sakit pon jarang-jarang..tapi jadi muskil bila tengahari tu , terdapat lendir putih keluar sekali warna cokelat semasa membuang air kecil....seha tanya kakak-kakak seha, kawan-kawan..ada yang cakap tu tanda nak bersalin..kakak suruh g check kt hospital...

petang tu ajak la en.suami g hospital check..dup dapdup dap berdebar...sampai je hospital, nurse nak check air kencng. lepas itu, masuk labor room untuk check denyutan jantung baby ...bukaan jalan baru 1 cm..nurse dan Doktor cakaplambat lagi awk nak bersalin..lepas tu DR tu cakap air kencing seha kotor dan ada jangkitan kuman..dia bg antibiotik pil suruh makan dan datang balik masa due 27/3 tu nanti..masa tu rasa x logik sangat..sebab rasa macam tanda nak bersalin tu dah ada...balik rumah nak dekat mgrib...

malam tu teringin makan sup tulang..pergi makan dengan suami...sakit perut macam dah agak kerap sikit..pastu sakit dia sakit sikit dari sakit pagi dan petang tadi..balik rumah berehat.nak tido..tapi lansung tak boleh tido..sebab sakit kt perut dah kerap..pastu sakit giler...baru tahu itulah sakit contraction rupanya..rasa sakit tu x menentu dan dah agak kerap...memang sakit dia contraction tu datang..tahan je..nak tido tak boleh..pastu teringat nurse dan DR cakap lambat lagi nak bersalin..so, seha tahan sakit tu sampai ke pagi..syukur sangat dapt en.suami yang sangat baik hati..saat tahan sakit dan tak boleh tido sampai ke pagi tu, en.suami teman..buat air dan sediakan makanan tengah-tengah pagi buta tu..

pada 22/3/2014
pagi tu dah x tahan sagt dah..contraction datang tak menentu..sekajap 10 minit sekali, sekejap 5 minit sekali...sekejap 3minit sekali..memang sakit sangat ...ajak en.suami pergi hospital..tapi takot nurse dan DR cakap lambat lagi nak bersalin..pergi jugak sebab dah tak tahan sangat nak tanggung sakit..check bukaan jalan masa tu dah buka 3 cm..contraction dah semakin kerap..duk dalam labor room tu sambil menahan sakit..bagi seha kan, sakit contraction la sakit yang paling sakit yang pernah seha rasa...tak terkata sakitnya..tapi pepon depen pada orang jugak...masa tu mulut dan hati sentiasa ingat ALLAH je..zikir n pe bacaan terlintas baca je..

pukul 12 tghari, check bukaan dah 5 cm...DR pergi pecahkan air ketuban...wow, sakit semakin bertambah selepas tu..denyutan jantung untuk bayi diapsang untuk permantauan terhadap bayi...pukul 3 lebih tu, denyutan jantung bayi semakin lemah..rasa sakit dah sakit sangat-sangat...check bukaan masih 5 cm..masa tu nampak DR n nurse mula risau n kelam kabut...diorang cakap emergency kena hantar hospital besar Klang sebab takot bayi lemas..masa tu dah sedih..air mata mengalir sambil tahan sakit..kemungkinan kena operate...terus diorang bagitahu suami..nurse masukkn tiub air kencing..waa,sakit tau..(tp lepas tu suami de crita balik yang diorang cakap jus nak hantar hospital klang dan takde lansung cakap pasal operate...)

seha pon dibawa naik ambulan..first time ni naik ambulan...ambulan tu laju betul..dengan tahan sakitnye..masa tu dah redha, kalau operat pon operate la..sekurangnya operate seha kena bius ..dah x rasa sakit kan..tu bisikan dalam hati..ALLAH makbulkan..sampai hospital Klang, terus diuruskan untuk masuk bilik operate secepat mungkin sebab denyutan jantung bayi semakin lemah...kena sign sini,sana...

seha pon ditolak masuk bilik bedah..ni pon first time ni...diorg bagitahu kena bius separuh badan..seha dibius melalui suntikan pada tulang belakang...lepas dibius...waa...lega,,,dah rasa sakit cntraction..dah x rasa sakit apa2..lega dan syukur sangat masa tu...diorang memulakan operation tu..walaupon dibius separuh, diorang tutup dengan tirai taknak bagi seha tengok..masa tu rasa sedar tak sedar..macam lali je..ngantok pon ada sebab semalaman tak tido kan...sedar sedar dalam bilik bedah tu nurse tunjuk bayi ..teringat lagi pertama kali tengok bayi seha..dia tak nagis pon..mata dia terkebil-kebil tengok seha..dia senyum..dalam hati syukur sangat ..nurse tanya awk dapat anak apa...nurse tunjuk dan seha jawab anak lelaki...lepas siap urusan pembedahan, seha dibawakeluar dan dibawa ke bilik pe ntah..nak tengok condition seha..yang ada mesin2 denyutan jantung tumasa tu start mengigil sekejap-sekejap..nak tau sebab apa? sebab bilik bedah tu sejuk sangat..rasa macam nak demam..dalam setengah jam tu seha ditolak masuk ke wad. masa itu lah baru nampak en.suami...baru dapt jumpa..tny en suami dah jumpa baby..dia kata td nurse tunjuk sekejap.

selepas 5 minti masuk wad, baby seha dibawa letak sebelah seha..syukur sangat keadaan baby ok...tak ada masalah apa-apa..en.suami pon azankan baby..masa tu terlantar la seha atas katil..xleh nak bgun n gerak..masa tu x rasa sakit pon sebab ubat bius ada lagi rasanya..tapi...muka dan badan start rasa gatal-gatal..tany nurse diorang kata kesan ubat..waktu melawat habis..kat situ tak boleh menunggu tak kira baru bersalin ke, baru operate ke..skima betul..tapi dah tanggungjawab diorang kan..en.suami terpaksa balik..seh pon tinggal dengan baby..

disebabkan tak boleh bangun , semua diurus oleh nurse A sampai z..klau baby nagis n nak susu, nurse bagi kat seha...dengan wayar air n ubat kat tangan kiri n kanan..dengan nak menyusu lagi..dengan wayar tiub air kencing lagi..huhu..

23/3/2014
semua wayar dah dicabut tghari tu selepas DR dtg periksa..masa tu dah dibenar bangun n bergerak..seha pon bangun terus berjalan pergi bilik air..kena jalan slow2..still tak rasa sakit kawasan pembedahan..


4 hari seha duduk wad..sepatut 3 ari sahaja tapi sebab seha demam sampai ari ketiga tu..DR nak wat pemantauan sebab takot demam de jangkitan kuman ke apa..alhamdulillah, hari ke 4 dah tak demam..syukur sangat dapt balik rumah ....sakit kat perut pon kdg2 je tera tapi x sakit sangat...sakit geli-geli je..pastu setiap pagi dan petang kena cucuk kat peha untuk cairkan darah..bila balik kena ccucuk sendiri..ni sakit sikit..
ni lah buah hati pengarng jantung seha..ikot muka suami lebih ni..

panjang lebar betol seha punya crita ni..tahniah kepada sesiapa yang dapat habiskan bacaan..syukur sangat ALLAH bagi seha rasa nikmat sakit contraction tu...sakit kan penghapus dosa..semoga ALLAH hapuskan dosa-dosa seha ...perasaan lain sangat bila bergelar ummi ni..parasaan syukur cmpur seronok ..nikmat yang tak terkata...semoga tulisan ini ada maafaat kepada yang membaca...

Monday 10 March 2014

ESP Shaklee

assalamualaikum..

apa khabar semua? seha dan baby dalam perut alhamdulillah sihat je..harini seha g check up tau..dah 38 minggu..alhamdulillah buat kali pertama HB (kepekatan darah) seha naik sehingga 12 lebih...sblm ni 11 lebih..(KLIK SINI utk post sebelum ni berkaitan HB) ..syukur sgt..baby pon gerak aktif..ummi dia pon aktif ligat buat kerja...semuanya dgn izin ALLAH...seha cume usaha ..mkn suplemen utk cergas dan sihat...

hari ini seha nak share pasal ESP...hai sehaaaa, mentang-mentang la bulan ni promosi ESP...APA??PROMOSI ESP?? BIAR BETOL...memang betol pon..

tgk poster kat atas tu.. BELI 6 PERCUMA 1 TAU....sape beli dgn seha, terus dapat keahlian percuma..seha akan bg harga terbaik untuk anda..jom pm /msg/wasap/call seha...insya ALLAH,nnti seha bg konsultasi dan servis terbaik untuk anda...

sebenarnya ESP ni merupakan prodak pertama shaklee yg seha mula jatuh cinta..waaa, jatuh cinta tu...seha de post kt post seha dulu (KLIK SINI)...

ESP ni memang banyak fungsi dia tau..contoh cm gambar bwh ni

ni plak khasiat khas untuk ibu hamil


disebabkan ESP de pelbagai khasiat dan keunikannya,ia merupakan HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!
Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca artikel ini sepenuhnya. Bacalah dengan teliti dan tekun, rangkuman 10 Soalan Popular mengenai faedah dan kebaikan Energizing Soy Protein  atau ESP Shaklee ini untuk anda.

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa?
3. Berapa harga satu canister ESP?
4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP?
6. Apa rasa ESP sebenarnya?
7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa?
9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
10. Bagaimana saya hendak order ESP ini?

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Mana yang lebih bagus untuk susu ibu antara ESP dengan Alfalfa? 
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit berbanding ESP. Sebenarnya, kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah berbeza kepada setiap individu. Sekiranya anda ada bajet tertentu,  harga Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Paling penting, bagi menjamin keberkesanan dan susu bertambah, kekerapan penyusuan haruslah dalam tempoh setiap 3-4 jam dan tujuannya supaya payudara dapat dikosongkan.

3. Berapa harga satu canister ESP?
Harga ESP bagi Semenanjung ialah RM150. Manakala bagi Sabah dan Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi seha untuk mendapatkan harga istimewa).

4. Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
 
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.(macam seha sampai 4 bulan tau..sebab seha ambik 1 sudu sehari..hihi)

5. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang. WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!

6. Apa rasa ESP sebenarnya? 
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba: Resepi ESP (klik sini)

7. Jika saya ingin order hari ini, bila saya boleh terima?
Insha-Allah, penghantaran mengambil masa 1-4 hari bekerja bergantung kepada kawasan anda.

8. Adakah masih perlu ESP jika saya sudah ambil Alfalfa? 
Boleh. Anda boleh mengambil kedua-duanya sekali jika anda mahu dan berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikan dan kelebihan lain yang baik untuk kesihatan anda.

9. Apakah kebaikan dan kelebihan lain ESP ini?
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Terbaik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Terbaik untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak. Justeru, anda boleh kongsi dengan anak yang berusia  1 tahun ke atas & keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
Kebaikan ESP 10 SOALAN POPULAR MENGENAI ESP SHAKLEE

ESP SEBAGAI SUMBER PROTEIN YANG LEBIH BERKUALITI.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.
Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM
Struktur badan kita terdiri daripada SEL. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.
Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.
TETAPI, tahukah anda sebenarnya PROTEIN sangat MUDAH TERMUSNAH apabila dikenakan SUHU TINGGI? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak PROTEIN yang tinggal? Anda tak tahu kan? JADI, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber PROTEIN yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa SELAMAT, sentiasa BERKESAN dan sentiasa MESRA ALAM. RAMAI YANG TELAH MERASA KEBAIKAN DAN BETAPA BAGUSNYA ESP SELEPAS MENGAMBIL SECARA KONSISTEN SELAMA 3 HINGGA 4 MINGGU. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi seha dan seha akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan! 

Jangan berlengah lagi untuk melaburkan wang bagi mengekalkan kesihatan anda di tahap optimum!
.
aik?? tengah fikir lagi ek nak beli ke tak..tak apa..take your time..

nanti bila dah terbuka hati nak beli, boleh dapatkan konsultasi percuma dan harga istimewa dari seha.., Sila hubungi saya:
Please do not hesitate to contact me/ comment below for:-
BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!
Noorfasheha Abidin
Shaklee ID : 1096265
Call / SMS/Whatapps 019 - 936 8826

Wednesday 5 March 2014

motivasi = 8 Guru Bisnes Pilihan Usahawan Malaysia

assalamualikum semua.. 
Hari ini seha nak share kisah motivasi dalam dunia bisnes ni. kisah 8 orang guru bisnes pilihan usahan malaysia. semoga kisah mereka dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Individu biasa dengan kejayaan dan pencapaian luar biasa bukanlah satu teori khayalan tingkat tinggi mahupun satu cerita dongeng yang direka-reka. Bagi sebahagian orang di luar sana yang membaca kisah kejayaan golongan ini, pasti menyangka mereka bermula dengan mudah. Hakikatnya, hampir kesemua individu yang kini bergelar jutawan, hartawan dan individu paling berpengaruh ini melalui kisah hidup yang dilalui hampir kebanyakan daripada kita semua alami.
Ada di antara mereka yang melalui zaman perit sebagai penganggur, terpaksa ikat perut untuk berjimat-cermat dan banyak lagi pengalaman yang pahit yang bertukar menjadi kejayaan gemilang yang diimpikan ramai orang.
“Masa saya mula berniaga selepas keluar dari universiti, apa yang saya buat kerana nak jimatkan kos, saya beli roti canai pada waktu pagi, saya minta kuah banyak-banyak. Kuah tu saya simpan untuk makan tengah hari, rebus telur taruh dalam kuah, masak nasi dan makan dengan kuah kari telur.” kata Dato’ Hussamuddin Yaacub, taikun akhbar dan majalah terkenal dan terlaris di Malaysia ketika berkongsi pengalaman beliau di dalam sebuah akhbar.

Jutawan Berkongsi Ilmu Berniaga

Memang tidak dapat dinafikan, tidak ramai jutawan yang mempunyai masa untuk berkongsi ilmu berniaga. Namun, jumlah tersebut semakin meningkat. Menurut Mentor Penulisan Berpengaruh, Tuan Aqif Azizan, Di Palo Alto US, CEO-CEO syarikat terkemuka sudah mula keluar dari syarikat asalnya untuk memeriahkan lagi jemaah ekonomi. Mereka membina lebih banyak syarikat yang berada di bawah satu bumbung.
Ini sekaligus dapat membantu melahirkan ketua-ketua baru di dalam bisnes. Hasil bimbingan CEO-CEO yang sudah lama bergelumang dalam dunia bisnes, sudah pasti ilmu-ilmu mereka menjadi satu jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Risiko untuk melakukan kesilapan besar menjadi rendah. Ia memudahkan proses melahirkan generasi baru yang celik bisnes dan mampu mengemudi bahtera syarikat daripada zero menjadi hero.
Di Malaysia, kita lihat fenomena ini sudah mula berkembang. Individu yang sudah berjaya membina perniagaan daripada RM 1 menjadi jutaan ringgit sanggup turun padang berkongsi ilmu, strategi, tip dan teknik yang perlu dipraktiskan oleh usahawan baru.
Pada minggu ini tim Majalah Niaga menyenaraikan lapan (8) guru bisnes pilihan untuk usahawan Malaysia. Kedudukan di bawah diatur secara rawak, ia tidak menggambarkan siapa lebih hebat atau berpengaruh. Semua guru ada kelebihan masing-masing. Kita harus bersyukur kerana taikun, jutawan dan guru bisnes ini sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka demi membangunkan ekonomi ummah melalui jalan perniagaan.

#1 – Dato’ Hussamuddin Yaacob

Dato' Hussamuddin
  • Pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. – penerbit majalah dan akhbar terbesar di Malaysia.
  • Memiliki anak-anak syarikat yang berbeza fungsi seperti Alaf 21, Prima Sdn. Bhd., Kasya Bestari dan banyak lagi.
  • Menerbitkan 32 akhbar dan majalah yang berpengaruh seperti akhbar Sinar Harian, Mingguan Wanita, Fokus, Sarina, Majalah iRemaja dan lain-lain lagi.
  • Pemilik Ultimate Print Sdn. Bhd. kini – syarikat percetakan komersil terbesar di Malaysia.
Beliau merupakan taikun dalam industri perniagaan media, penerbitan dan percetakan dengan hasil jumlah jualan dagangan sekitar RM400 juta setahun. Selain konsisten memandaikan bangsa melalui penerbitan buku-buku dan majalah serta akhbar berkualiti, beliau juga menubuhkan Yayasan Nur Karangkraf – menyalurkan bantuan daripada segi kewangan kepada ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik. Dana Pendidikan Karangkraf  juga ditubuhkan untuk menaja 300 pelajar setiap tahun bagi meringankan kesulitan mereka.
Terbaru, beliau dan ahli pasukan menubuhkan RICH Business School (RBS). Ia satu inisiatif di bawah Warisan Ummah Ikhlas yang diasaskan beliau. RICH ialah singkatan kepada Rahsia Insan Cemerlang Hidup. Tujuan utama RBS ialah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam dunia bisnes.
Di FB, ada satu ‘group’ tertutup untuk komuniti RBS. Tuan dan puan boleh cari ‘RICH Business School’ dengan menggunakan fungsi ‘search’ di FB.

#2 – Dato’ Maznah Hamid

Dato' Maznah Hamid
  • Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.
  • Securiforce ialah sebuah syarikat kawalan keselamatan terbesar di Malaysia.
  • Empayar perniagaan berasaskan keselamatan diperluas ke peringkat antarabangsa dengan penubuhan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), serta meluaskan jaringan ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.
  • Securiforce Logistik turut memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
  • Memilik anak-anak syarikat yang berkembang maju antaranya yang terkenal ialah Danau Lumayan, sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Bandar Tun Razak.
  • Mengasaskan seminar-seminar keusahawanan seperti seminar “Zero To Hero” dan “Awaken The Spirit Of Enterpreneurship/Intrapreneurship”.
Sejarah awal penubuhan syarikat keselamatan Securiforce bermula dengan hanya bermodalkan RM5000. Daripada sebuah entiti yang asing, Securiforce telah mengalami transformasi kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Trivia tentang Datuk Dr. Maznah yang tidak akan dilupakan ialah kejayaan beliau menubuhkan kesemua anak syarikat tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Wanita yang sinonim dengan jolokan “Iron Lady” Malaysia ini wajar dijadikan contoh dan idola oleh para usahawanita di luar sana.
Beliau kerap berkongsi kata-kata motivasi di laman rasmi FB iaitu https://www.facebook.com/maznahhamid.

#3 – Azizan Osman

Dr Azizan Osman
  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd.
  • Diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012  sebagai syarikat terbesar di Malaysia dalam penganjuran seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.
  • Mentor Pemasaran No 1 Asia, penulis, penceramah, usahawan & jurulatih kejayaan.
  • Dianugerahkan “Anugerah Platinum Pengerusi Antarabangsa”, oleh sebuah organisasi terkemuka yang berpusat di London, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh organisasi tersebut.
  • Pemilik sebuah perniagaan konglomerat multinasional iaitu Richworks Group of Companies dan juga mengasaskan 24 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Kumpulan syarikat ini meliputi pelbagai cabang perniagaan termasuk perunding pengiklanan dan pemasaran, reka cipta jenama dan produk, perkhidmatan korporat dan perakaunan, pelaburan hartanah, penerbitan buku, media sosial dan web, kecantikan dan kesihatan serta pengurusan acara.
Pihak media memberi liputan yang meluas terhadap kejayaan Dr. Azizan Osman sebagai seorang Jurulatih Pemasaran No 1 Malaysia. Misi beliau membantu pemilik-pemilik perniagaan lain mencapai potensi diri dan mencapai kejayaan dalam industri masing-masing menjadikan beliau sentiasa bersemangat dan bertenaga menganjurkan program-program kejayaan, kekayaaan dan keusahawanan.
Beliau kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology. Sejak tahun 2008, beliau telah membantu lebih 400,000 usahawan dan bakal usahawan dalam banyak siri program-program beliau.
Antara program yang mendapat sambutan masyarakat tempatan ialah Intensif Mentor Kejayaan dan Kekayaan (IMKK), Advanced Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Master Your Business (MYB) dan Retire Young Retire Rich (RYRR).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program terbaru beliau, para pembaca boleh merujuk laman web www.azizanosman.com dan www.duniausahawan.com.

#4 – Puan Ainon Mohd

AinonMohd
  • Menubuhkan syarikat sendiri bermula tahun 1988 PTS Consultants Sdn Bhd.
  • Memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau termasuklah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira – Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi.
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp.
  • Telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan.
  •  Antara buku hasil tulisan beliau sendiri dan juga hasil tulisan bersama suami beliau yang terkenal termasuklah Mendorong Kreativiti Kanak-kanak, Pemikiran Lateral, Teori & Teknik Terjemahan, Psikologi Kejayaan, Belajar Berfikir, Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Teori & Teknik Kepimpinan, Komunikasi Di Tempat Kerja, Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah dan pelbagai siri kamus bahasa melayu yang merupakan rujukan utama para pelajar dan guru-guru di sekolah.
  • Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu.
Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS ini tanpa perasaan kesal melaburkan simpanan hari tua beliau sebanyak RM 500,000 demi membina dan memperkukuh PTS. Hasil keputusan berani dan tegas, Puan Ainon kini boleh berbangga dengan pencapaian jualan tahunan PTS yang mencelah nilai RM 30 juta setiap tahun.
Keteguhan PTS berpegang kepada prinsip-prinsip perniagaan patuh-syariah, bersih-rasuah, bersih-riba dan prinsip bisnes tanpa kontrak menjadikan PTS sebuah organisasi contoh yang wajib dijadikan ‘role-model’ kepada usahawan-usahawan lain. Puan Ainon juga sering mengingatkan sahabat-sahabat serta rakan media sosial beliau untuk mempraktik gaya berniaga Nabi Muhammad – konsep perniagaan terbaik sepanjang zaman.
Selain aktif melakukan aktiviti editorial, melalui Ainon Business School (ABS), beliau dan ahli pasukan aktif menganjurkan seminar dan latihan dalam bidang perniagaan yang berteraskan Islam (patuh-syariah). Komuniti besar ABS dikumpulkan di dalam satu secret group FB di mana setiap hari beliau berkongsi tip-tip premium mengenai bisnes secara percuma. Para pembaca boleh ‘follow’  FB Puan Ainon di pautan inihttps://www.facebook.com/ainonmohdpts.
Beliau turut bersungguh-sungguh meningkatkan graf saham akhirat beliau dengan melakukan aktiviti amal secara konsisten. Kini beliau terlibat dalam banyak kerja sosial dan kebajikan seperti kerja sosial untuk kaum orang Asli di Janda Baik, Pahang dan terkini sumbangan kepada rakyat Islam Kemboja yang kurang bernasib baik.

#5 – Irfan Khairi

irfankhairi

  • Pakar perniagaan Internet, jutawan siber, seorang ‘speaker’ pakar, penulis buku
  • terlaris dan personaliti TV/Radio.
  • Giat menganjurkan seminar dan sinonim dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet, Bengkel Jutawan Internet dan banyak lagi.
  • Antara buku popular yang ditulis termasuklah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet Millionaires Revealed serta siri buku Nota Jutawan.
Bergelar jutawan pada usia muda, 25 tahun, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena ‘jutawan internet’ apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media elektronik dan media cetak. Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci dalam membina kekayaan, Irfan Khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi seminar-seminar yang dianjurkan beliau.
Usahawan dan bakal usahawan yang berminat untuk mengikuti perkembangan beliau, boleh LIKE laman FB beliau melalui pautan www.fb.com/IrfanKhairi.fb.

#6 – Dr. Wan Shah Razali

DSR
  • Memulakan kerjaya sebagai kakitangan bank dan telah menerima Executive Chairman Award pada tahun 2004.
  • Memiliki Bachelor of Business Administration – 2002 dan Master of Business Administration – 2007.
  • Memiliki Doctor of Business Administration – 2009 dan Honorary Professor of Business Administration – 2011
Menurut profil yang dipetik daripada FB rasmi beliau, Dr Shah Razali ialah seorang jutawan ‘self-made’ kini memiliki 10 buah syarikat yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan sejak 2007. Bisnes beliau merudum pada tahun 2008 sebelum berjaya bangkit semula dengan menceburi sektor pembinaan dan pelaburan hartanah.
Beliau terkenal dengan gelaran ‘The Wealth Doctor di mana beliau telah melatih 10,000 pelabur, bakal pelabur, usahawan dan bakal usahawan di dalam siri seminar beliau. Beliau dan ahli pasukan Shah Group telah melahirkan lebih 500 orang pelabur hartanah yang telah berjaya.
Pada tahun 2010, beliau mula menerbitkan CD Audio Pertama yang bertajuk “Bahagia Sesudah Derita”. Sebanyak 3000 unit telah terjual. Kemudian, beliau muncul dengan buku pertama yang bertajuk ‘Jejak Pelabur Hartanah’ yang dipasarkan di kedai buku terkemuka seperti MPH Bookstore.
Setelah lebih 3 tahun berkongsi dengan masyarakat tentang pentingnya membina pendapatan pasif melalui pelaburan hartanah, DSR telah menerbitkan buku keduanya yang bertajuk Pelabur Hartanah Genius. Di dalam buku ini DSR berkongsi perihal untuk menjadi seorang pelabur hartanah kelas pertama.
Walaupun terkenal dengan siri seminar hartanah, beliau juga ada menganjurkan siri seminar khusus untuk ilmu bisnes dan pemasaran. Antara program beliau yang mendapat sambutan ramai ialah Advance Formula DSR, Turbo My Business, Ultimate Business Success dan yang terbaru ialah Advance Infiniti RM. Walaupun berstatus multi jutawan daripada hasil-hasil bisnes beliau yang lain, beliau masih sanggup turun padang berkorban masa dan tenaga demi kesuksesan anak didik beliau.
Tuan dan cikpuan boleh ikuti perkembangan beliau di laman FB rasmi iaitu www.facebook.com/DSRFan.

#7 – Dato’ Dr Rusly Abdullah (Chef Li)

chefli
  • Memiliki Ph.D dalam bidang kulinari melalui program usaha-sama Asia Pasific Culinary Art Foundation dan University Iowa USA.
  • Pernah bertugas sebagai pegawai bank di D&C Bank, Malayan Banking Berhad dan Bank Islam selama lebih 12 tahun.
  • Pernah bertugas sebagai Penolong Pensyarah USM dan Pengurus Besar sebuah syarikat korporat.
  • Kini usahawan dalam bidang pendidikan dan latihan sepenuh masa.
  • Penulis Buku Best Seller Trilogi “Menjejaki Jutawan Senyap”
Dato’ Dr Hj Rusly Abdullah satu nama yang besar dalam bidang perniagaan, penulisan, pakar masakan dan merupakan Mentor Jutawan. Kisah pahit maung beliau sebelum berjaya menempa kejayaan berkait rapat dengan firman Allah s.w.t  yang bermaksud,  “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah ia sendiri mengubah nasibnya”. Konsep doa, berusaha dan bertawakal adalah gabungan padu untuk mencari kejayaan.
Dalam kebanyakan siri seminar dan latihan anjuran beliau, pasti soalan ini akan di ajukan kepada para hadirin, “Adakah kesuksesan itu suatu takdir atau sesuatu yang boleh diusahakan?”. Beliau yakin dan percaya akan janji Allah kepada hamba-hamba-Nya yang berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Beliau juga yakin setiap individu itu mampu mencapai satu tingkat kejayaan dan kekayaan yang tidak pernah terfikir oleh mereka sehingga mereka mencari-gali kebolehan diri dan mempergunakan kebolehan itu sehabis baik.
Perkembangan beliau boleh diikuti di laman FB ini, https://www.facebook.com/DatukChefLi.

#8 – Tuan Shamsuddin Kadir

sk 2
  • Perunding latihan dan jurulatih utama (trainer) SK Training Academy Sdn Bhd.
  • Jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533.
  • Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
  • Penulis lebih dari 10 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia.
Berdasarkan maklumat daripada laman web rasmi beliau iaitu www.sk.my, sebelum menceburi dunia latihan secara langsung, beliau berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dengan berkhidmat secara langsung di bawah seliaan beberapa CEO terkemuka seperti Mr. Robert McKay, CEO syarikat penerbangan kargo sewa khas dan juga Tuan Yim Choong Chow, Managing Director di salah sebuah syarikat perkapalan terbesar di dunia.
Siri seminar yang dianjurkan beliau banyak menarik perhatian pembaca-pembaca laman FB beliau. Antara kursus terbaru beliau ialah Kursus Wiraniaga Muda 2013. Kursus ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak berusia 9 hingga 16 tahun untuk memulakan bisnes sendiri.
Menurut kenyataan di laman FB beliau, kursus ini memberikan teknik dan ilmu termasuk latihan amali untuk membuka satu lagi cabang kehidupan untuk anak-anak selain dari mengikut sistem pendidikan semasa yang menghasilkan tenaga pekerja.
Selian itu, beliau giat menulis buku-buku cerita bisnes untuk kanak-kanak seperti Biskut Ajaib, Mesin Rumput Ekspres, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku-buku ini sesuai untuk ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak menjadi usahawan dan berjinak-jinak dalam dunia bisnes.
Antara program-program lain untuk masyarakat awam yang dianjurkan syarikat beliau ialah Bengkel Memulakan Bisnes Sendiri, Seminar Wang dan Pelaburan. Bengkel Kuasa Kejayaan dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.
Para pembaca Majalah Niaga disarankan mengikuti tip-tip kewangan, pelaburan dan bisnes yang beliau kongsikan di laman FB. Klik pautan https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir.