Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja

Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja
Ebook PERCUMA!!! sorry BOSS, saya terpaksa berhenti kerja

Thursday 6 February 2014

Maulidur Rasul dan pertunanganku

Assalamualaikum semua..

masih belum terlambatkan kalau seha nak ucapkan salam maulidur rasul kepada semua..

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi



TAPI INGAT.. jgn masa hari maulidur rasul je kita banyakkan berselawat. klau boleh setiap hari..banyak fadhilatnya kalau kita selalu amalkan. Malah kita juga digalakkn memlakukan amalan sunnah nabi. 



Pada tahun 2014, hari maulidur nabi jatuh pada 14/1/2014. Pada tahun 2013 , hari maulidur rasul jatuh pada 24/1/2013. JAP, JAP...tajuk seha kat atas tu maulidur rasul dan pertunanganku kan..apa kena mengena maulidur rasul dengan pertunangan seha ye? jom seha kongsikan semoga mendapat manfaat..

sebenarnya pada maulidur rasul tahun lepas ( 24/1/2013), seha sah menjadi tunang kepada en.suami seha yang sekarang..en. suami yg pilih tarikh tu..keputusan nak bertunang pun dibuat seminggu sebelum tu. mula-mula en.suami plan nak datang merisik tapi lepas bincang dengan family dia, dia nak terus meminang.

untuk pengetahuan semua, sebelum pertunangan seha dan en.suami tak pernah lansung berjumpa. TAPI MACAMMANE SEHA BOLEH NAK TERIMA EN.SUAMI KAN???

kami dijodohkan oleh kenalan seha yang seha jumpa dan kenal semasa menunaikan umrah iaitu kak ida. de sekali tu seha tumpang bermalam di rumah kak ida sebab nak pergi kursus Dr azizan osman. kak ida cakap nak rekemen kan seha dengan seseorang. kak ida tunjuk gmbr dekat hp tapi seha tengok sepintas lalu je..masa tu tak ambik serius pon.

seminggu lepas balik dari kursus tu, kak ida call tanya perkembangan seha. nak kenal ke tak. seha malas nak fikir just cakap kalau ada jodoh ada la. kami banyak berhubung memlalui kak ida. baru 2 minggu kenal, en. suami decide nak meminang..cepatkan...

cinta sebelum kahwin memang seha sendiri ada pengalaman .seha bukan seorang yang sempurna. ada melakukan kesilapan.. memang pahit . so, seha tekad untuk mencari cinta selepas kahwin. 

takkan seha main terima sahaja walaupon tak pernah jumpa???
takkan nak main terima je kan. nanti nampak terdesak sangat.  masa tu seha banyak wat solat istikarah, solat hajat, berdoa minta petunjuk dari kekasih hati yang abadi iaitu ALLAH SWT. Seha tahu dia tahu mane yang terbaik untuk seha. dalam masa sama seha minta pandangan keluarga dan kawan-kawan baik. alhamdulillah, ALLAH bukakan hati seha untuk en.suami dan keluarga banyak yang menyokong. 

...MASA HARI PERTUNANG...
tarikh maulidur rasul tu, en.suami yang pilih sebab dia kata biar ada kenangan dan senang nak ingat. masa pagi tu , selawat nabi banyak berkumandang di tv, radio, masjid dan surau. banyak orang tanya seha tak berdebar ke tak pernah tengok muka orang yang nak meminang. gmbar yang kak ida tunjuk mula-mula tu pon seha dah tak ingat. seha tak tau nak kata pe masa tu banyak ingat ALLAH je. semasa nak sarung cincin tu, tu la first time seha tengok muka en.suami. bila tengok muka dia, ALLAH hadirkan perasaan tenang je kat seha. MAGIC kan..itulah kuasa ALLAH...alhamdulillah, majlis yang simple berakhir dengan jayanya..

selama 5 bulan menjadi bertunang, kami di ijab kabulkan pada hari israk mikraj. tarikh ni pon en. suami yang pilih sebab dia nak ada kena mengena dengan sejarah nabi seperti tarikh pertunangan kami.

ALHAMDULILLAH, bulan ni genap setahun perkenalan dengan en. suami . SYUKUR sangat sebab ALLAH kurniakan dekat seha suami yang sangat baik dan memahami. 


indah ke bercinta selepas kahwin? alhamdulillah, nikmat ALLAH yang sangat indah. doakan ALLAH panjangkan jodoh kami hingga ke syurga dan rumah tangga kami sentiasa mendapat rahmat n keberkatan dari ALLAH ye.

post ni bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar ingin berkongsi cerita ..semoga ada yang mendapat manfaatnya.

P/S: seha baru sahaja buka page baru iaitu Achik Shoppe. KLIK SINI pelbagai barangan baby dan barangan keperluan harian lain untuk semua peringkat umur. jemput tgk ye

BEST Price Offer
FREE Consultation
Business OPPORTUNITY with Shaklee!!


Noorfasheha Abidin
Shaklee ID : 1096265
Call / SMS/Whatapps 019 - 936 8826


No comments:

Post a Comment